Draf untuk semakan peguam — dokumen ini boleh dimuat turun/ditandatangani secara berasingan oleh setiap sekolah.
1. Definisi & Peranan
- "Pengguna Data" — Sekolah yang berdaftar, yang menentukan tujuan dan cara data peribadi diproses.
- "Pemproses Data" — [NAMA SYARIKAT] ("SchoolOS"), yang memproses data peribadi bagi pihak dan di bawah arahan Sekolah.
- "Data Peribadi" — data seperti yang ditakrifkan oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), termasuk data pelajar, ibu bapa dan guru.
2. Skop Pemprosesan
SchoolOS memproses Data Peribadi semata-mata untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan sekolah (kehadiran, peperiksaan, disiplin, kewangan, komunikasi) — hanya mengikut arahan bertulis atau konfigurasi Sekolah, dan bukan untuk tujuan sendiri.
3. Kewajipan Pemproses Data (SchoolOS)
- Memproses data hanya mengikut arahan Sekolah; tidak memproses untuk tujuan lain termasuk pengiklanan atau analitik pihak ketiga.
- Memastikan kakitangan yang boleh mengakses data tertakluk kepada kewajipan kerahsiaan bertulis.
- Melaksanakan langkah keselamatan teknikal dan organisasi seperti dalam Lampiran A.
- Tidak melantik sub-pemproses baharu tanpa memaklumkan Sekolah; senarai sub-pemproses semasa ada dalam Lampiran B.
- Membantu Sekolah menjawab permintaan subjek data (akses, pembetulan, pemadaman) dalam tempoh yang munasabah.
- Notifikasi kebocoran: memaklumkan Sekolah tanpa lengah sebaik sahaja sedar tentang kebocoran data peribadi, dan memaklumkan Pesuruhjaya Perlindungan Data dalam tempoh [72] jam selepas mengesahkan berlakunya pelanggaran keselamatan yang serius, atau mengikut tempoh lain yang dikehendaki undang-undang.
- Apabila perkhidmatan tamat, data utama dipulangkan atau dipadam dalam tempoh [90] hari. Salinan backup pula dipadam secara automatik mengikut kitaran penyelenggaraan berkala (lebih kurang [30] hari) dan tidak dipulihkan selepas tempoh tersebut — kitaran backup berlaku selepas pemadaman data utama atau mengikut jadual kitaran penyelenggaraan pelayan.
- Membenarkan Sekolah mengaudit pematuhan (secara munasabah, dengan notis awal).
4. Kewajipan Pengguna Data (Sekolah)
- Memastikan asas sah untuk memproses data — termasuk memperoleh persetujuan bertulis yang sah daripada ibu bapa/penjaga sebelum memasukkan sebarang data peribadi pelajar ke dalam SchoolOS. SchoolOS hanya memproses data berdasarkan arahan Sekolah dan tidak bertanggungjawab atas kekurangan asas persetujuan pihak Sekolah.
- Memastikan data yang dimasukkan adalah tepat dan tidak melampaui keperluan.
- Mengawal akses penggunanya sendiri dan memastikan kata laluan dijaga.
Lampiran A — Langkah Keselamatan Teknikal
- Enkripsi at-rest bagi medan PII (nombor IC, nombor telefon).
- Pengasingan multi-tenant: setiap baris data diikat kepada sekolah dan disekat oleh skop global aplikasi, diuji oleh ujian automatik TenantWall.
- HTTPS/TLS untuk semua komunikasi; paksaan HTTPS di peringkat pelayan.
- Kawalan kadar (rate limiting) pada log masuk, endpoint API dan endpoint sensitif.
- Log audit bagi tindakan sensitif (pendaftaran pelajar, pembayaran, tuntutan anak, perubahan pentadbir).
- Sandi laluan di-hash menggunakan algoritma kukuh (bcrypt).
- Backup berkala disulitkan dan disimpan berasingan [masukkan detail].
- Akses kepada data production oleh pembangun adalah minimum dan direkodkan.
Lampiran B — Sub-Pemproses Diluluskan
- [Hetzner Online GmbH] — hosting pelayan & storan (Singapura).
- [Billplz Sdn Bhd] — gerbang pembayaran.
- [Meta/WhatsApp Business API & Telegram] — penghantaran notifikasi (nombor telefon ibu bapa sahaja).
- [Cloudflare Inc.] — rangkaian perlindungan DNS/DDoS.
Lampiran C — Kategori Data & Subjek Data
- Subjek data: pelajar, ibu bapa/penjaga, guru dan pentadbir sekolah.
- Kategori data: identiti, hubungan, kehadiran, prestasi akademik, disiplin, yuran, dan data perhubungan.